Jangan risau! Rakaman penuh kelas akan diberikan terus sejurus selepas kelas tamat untuk rujukan ulang pada bila-bila masa.
Untuk kursus Python dan RBT Kids, tiada asas diperlukan. Kami akan ajar dari kosong. Untuk AI & IoT, asas elektronik sedikit membantu tetapi tidak wajib.
Kami menerima pembayaran melalui QR Pay atau pemindahan bank terus (Maybank). Selepas tempahan, anda akan diberikan QR code dan no. akaun untuk membuat pembayaran, kemudian hantar resit melalui WhatsApp untuk pengesahan slot.
Untuk servis format dan tukar thermal paste, biasanya siap dalam masa 2-4 jam (bergantung kepada slot). Untuk pemasangan komponen yang rumit, mungkin mengambil masa 1 hari.
Fokus utama kami adalah bimbingan (coaching) supaya anda faham jalan kerja projek anda sendiri. Namun, jika anda perlukan pembangunan sistem penuh (outsourcing), sila hubungi kami untuk sebut harga.